Fair Play And Cover Your Aurat

Kempen ini menyokong penuh penganjuran Volgames 2009 dan berpendapat bahawa sekiranya ia dianjurkan dengan penuh adab ketimuran dan memenuhi segala batas syara' maka ia memberi nilai tambah yang wajar kepada acara tersebut sendiri.

Apa itu Aurat?

Aurat (bahasa Arab: عورة‎) merupakan istilah Islam yang melambangkan sesuatu bahagian dari anggota badan, samada lelaki ataupun perempuan, yang haram dibuka atau dipamerkan. Dalam erti kata lain sesuatu anggota badan yang wajib ditutup dan disembunyikan dan haram orang bukan mahram melihatnya. Menutup aurat adalah WAJIB ke atas setiap Muslim, tidak kira lelaki atau perempuan. Kewajipan menutup aurat ini berdasarkan kepada dalil-dalil daripada Al-Quran dan Hadis.

Dalil Quran
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka KECUALI kepada

* suami mereka atau
* bapa mereka atau
* bapa mertua mereka atau
* anak-anak mereka, atau
* anak-anak tiri mereka atau
* saudara-saudara mereka atau
* anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau
* anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau
* perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau
* orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan
* kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan

dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." (Surah An Nur : Ayat 31)

Definisi

Bersandarkan dalil-dalil daripada Al Quran dan Hadis, aurat lelaki dan aurat perempuan adalah seperti berikut:-

Lelaki
Didalam mazhab Ahlul Sunnah Wal Jamaah, aurat lelaki ialah diantara pusat dengan lutut, ini termasuk lelaki dan juga perempuan. Ini bermaksud mereka seharusnya menutup alat kemaluan dan bahagian diantara pusat dan lutut setiap masa kecuali atas dasar privasi. Mereka juga wajib memakai pakaian yang longgar dan tidak telus bagi mengelakkan warna kulit dan juga bentuk badan dilihat oleh golongan bukan ajnabi.

Wanita
Aurat wanita sangat komplikated dan berubah mengikut situasi:

* Dihadapan mahram (saudara lelaki), seseorang wanita itu wajib menutup seluruh badannya kecuali kepala dan tangan. ",
* Dihadapan sesama wanita muslim, aurat perempuan ialah diantara pusat hingga lutut.
* Aurat dihadapan sesama wanita bukan Islam menjadi perdebatan. Sesetengah ilmuwan menyatakan wajib menutup seluruh anggota badan kecuali muka dan pergelangan tangan. Sementara, sesetengah ilmuwan lain berpendapat aurat perempuan muslim kepada bukan wanita bukan Islam ialah sama ketika mana mereka berada dengan sesama wanita Islam.
* Aurat dihadapan lelaki yang tiada pertalian tidak kira Islam mahupun bukan Islam adalah menutup seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan. Tetapi terdapat ilmuwan berpendapat, muka adalah aurat.Isu ini berlarutan termasuk yang sudah berlalu dan sedang berlaku, adakah ia hanya keafdalan atau hukum. Salafi muslims believe that a woman's awrah in front of unrelated men is her entire body including her face and hands.
* Aurat ketika solat ialah wajib menutup seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan.

Suara
Sesetengah ilmuwan berpendapat suara wanita juga adalah aurat.

Bersolat dahulu sebelum bersukan


Anda mahu permainan anda dirahmati Allah?
Anda mahu peroleh pahala dengan bermain?
Anda mahukan pertolongan Allah?

Jadi, bagaimana?

Mari utamakan solat fardhu

Bersolatlah anda sebelum anda disolatkan..

Cover Up Project SPORT

video

Who says cover up will cover your potential?
Who says hijab will suppress your talent?
Who says hijab will make you less optimist?

Go Cover Up Your Aurat!!

Volgogames '09 Berlandaskan Syar'ie

Menutup Aurat Tidak Menghalang Saya Untuk Bermain

video

Tutuplah aurat kita
Tutup aurat, Allah suka
InsyaAllah diberkati keakhirnya
AMIN~~
Tutup Aurat Tidak Menghalang Saya Untuk Bersukan

Klik disini untuk versi Youtube

Begitulah kata-kata beliau yang turut sama menyokong kempen Volgogames Berlandaskan Syar'i.
Beliau turut menyatakan bahawa beliau selesa bermain dalam keadaan menutup aurat. Ia tidak sedikit pun mengganggu konsentrasi beliau ketika bermain.
Tambah beliau lagi,"main tu, main juga. tapi kenalah beringat. Menutup aurat itu pun perlu diutamakan"

Jom sokong Volgogames '09 Berlandaskan Syar'i!
Jom tutup aurat
Jom jaga pergaulan

Let's have fair & blessed play

Here I am Ruqaya Al Ghasra



Nike Woman
Ruqaya sudah membuktikannya!
Anda juga boleh melakukannya!
Ayuh !!!